Program `Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku' di Dataran Putrajaya
8 Disember 2025 | Aktiviti Terkini07 Disember 2025 (Ahad) – Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku telah diadakan selama tiga hari iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad (05 - 07 Disember 2025) di Dataran Putrajaya. Program ini menjadi medan titik temu antara kerajaan dan rakyat, khususnya memperlihatkan ekosistem dasar kerajaan secara holistik dan mudah diakses. Program ini telah dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhir penganjuran program bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan serta berinteraksi secara langsung bersama rakyat.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), MCMC juga telah menyertai pameran reruai di program ini dengan mempromosikan perkhidmatan pintar NADI. Antara aktiviti di reruai NADI adalah pendaftaran ahli NADI (mobile registration), Pertandingan eSport, Jualan Usahawan NADI, Saringan Kesihatan, penerangan mengenai perkhidmatan pintar NADI seperti Kursus Tiny Techies untuk pelajar sekolah, Kursus Mahir NADI, Kursus Cybersecurity dan Program Dilea. Pengunjung yang hadir di booth nadi juga mendapat goddies menarik dengan mendapatkan semua cop di setiap kaunter perhidmatan pintar NADI.
NADI Putrajaya (Presint 16, Presint 18, Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10) telah turut serta sebagai pempamer reruai. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
